Thursday 11 April 2013

KONSEP LITERASI , KONSTRUK -KONSTRUK LITERASI, RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

KONSEP LITERASI 

Guru disarankan melaksanakan pengajaran dengan menekankan konsep
yang dicadangkan:

a) Konsep pendekatan literasi secara bersepadu

    Guru memperkenalkan suku kata cantuman huruf yang dipelajari. Daripada
    suku kata tersebut, guru mencantumkannya menjadi perkataan. Perkataan
    yang bermakna ini boleh digandingkan menjadi frasa. Perkataan dan frasa
    yang dipelajari boleh digabungkan menjadi ayat.

b) Konsep ansur maju
      
     Pengajaran literasi boleh disampaikan secara berperingkat melalui konsep
     ansur maju. Guru memperkenalkan beberapa huruf vokal dan konsonan
     secara ansur maju bermula daripada perkara yang senang kepada yang
     susah, daripada konkrit kepada abstrak dan daripada kontekstual kepada
     konstruktif.

c)  Konsep didik hibur
     
    Guru perlu memikirkan cara penyampaian yang paling berkesan
    untuk murid mereka. Perlu diingat  murid yang mengikuti
    program ini adalah murid yang perlukan perhatian yang
    lebih khusus. Bagi membolehkan mereka berminat dalam
    pembelajaran, aktiviti disampaikan dengan menggunakan
    pendekatan yang menarik. Konsep didik hibur melalui nyanyian,
    permainan dan penggunaan bahan yang menarik disarankan untuk
    diaplikasikan dalam pengajaran guru.


d)  Konsep penggabungjalainan

      Semasa mengajar guru mengaplikasikan konsep penggabungjalinan
      kemahiran. Mulakan dengan dengan kemahiran mendengar bunyi huruf
      vokal dan bunyi suku kata dan seterusnya bunyi perkataan, frasa atau
      rangkai kata dan ayat. Kemudian, bimbing murid meyebut apa yang
      didengarnya dan seterusnya menekankan pula kemahiran mengeja dan
      membaca serta menulis perkara yang sama.

e)  Konsep pengulangan

     Akhirnya, aktiviti yang dijalankan ini akan diulang dengan memberi
     penekanan pada kosa kata yang diajar diulang sebutan, bacaan dan
     penulisannya. Konsep pengulangan diaplikasikan pada masa ini.



KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan
                    konsonan.

Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata
                    terbuka.

Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku
                    kata terbuka.

Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata
                    tertutup.

Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku
                    kata tertutup.

Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang  
                    mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.

Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
                    mengandungi diftong.

Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
                    mengandungi vokal berganding.

Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi
                    digraf dan konsonan bergabung.

Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan
                      yang berimbuhan awalan dan akhiran.

Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis
                      ayat berdasarkan bahan rangsangan.




RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(BAGI PROGRAM LINUS)


Mata Pelajaran                        :

Tema / Tajuk                           :

Masa                                        : 60 minit

Standard Pembelajaran           : 1.1 (i) (a), (i) (b)

Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid berupaya:
1.
2.
3. (untuk murid LINUS)

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran :
1.(Perdana)
2.(LINUS)

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
1.
2.

Bahan Bantu Belajar:
1.
2.

Penilaian Pembelajaran dan Pengajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:
1.      31 daripada 36 orang murid telah mencapai objektif pembelajaran.
2.      5 daripada 36 orang murid belum mencapai objektif pembelajaran akan diberi bimbingan.
3.      Murid yang telah menguasai akan diberi pengayaan.



No comments:

Post a Comment