Monday, 29 April 2013

Video e-tuisyen LINUS



Video e-tuisyen 
LINUS



Keterangan video: Membaca perkataan yang mengandungi  suku kata KVK + KVK


Sumber diperolehi dari EduWeb

Wednesday, 24 April 2013

Konstruk 3

Perkataan yang mengandungi suku kata terbuka






                



Konstruk 2



  Mari eja dan bunyikan suku kata terbuka (KV )











Monday, 22 April 2013

Saturday, 20 April 2013

Friday, 19 April 2013

Video Mengenal Bentuk Huruf Kecil

                                     
                            Keterangan Video :  Mengenal Bentuk Huruf Huruf Kecil a hingga z

Konstruk 1



Kenali huruf vokal

















Marilah membaca.



  


 




Kenali huruf konsonan






























Thursday, 11 April 2013

Abjad A hingga Z



 Sebutkan huruf-huruf besar ini.





Sebutkan huruf-huruf kecil ini.






Marilah sebut bersama-sama.





Latihan Menulis  



 





















   




KONSEP LITERASI , KONSTRUK -KONSTRUK LITERASI, RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

KONSEP LITERASI 

Guru disarankan melaksanakan pengajaran dengan menekankan konsep
yang dicadangkan:

a) Konsep pendekatan literasi secara bersepadu

    Guru memperkenalkan suku kata cantuman huruf yang dipelajari. Daripada
    suku kata tersebut, guru mencantumkannya menjadi perkataan. Perkataan
    yang bermakna ini boleh digandingkan menjadi frasa. Perkataan dan frasa
    yang dipelajari boleh digabungkan menjadi ayat.

b) Konsep ansur maju
      
     Pengajaran literasi boleh disampaikan secara berperingkat melalui konsep
     ansur maju. Guru memperkenalkan beberapa huruf vokal dan konsonan
     secara ansur maju bermula daripada perkara yang senang kepada yang
     susah, daripada konkrit kepada abstrak dan daripada kontekstual kepada
     konstruktif.

c)  Konsep didik hibur
     
    Guru perlu memikirkan cara penyampaian yang paling berkesan
    untuk murid mereka. Perlu diingat  murid yang mengikuti
    program ini adalah murid yang perlukan perhatian yang
    lebih khusus. Bagi membolehkan mereka berminat dalam
    pembelajaran, aktiviti disampaikan dengan menggunakan
    pendekatan yang menarik. Konsep didik hibur melalui nyanyian,
    permainan dan penggunaan bahan yang menarik disarankan untuk
    diaplikasikan dalam pengajaran guru.


d)  Konsep penggabungjalainan

      Semasa mengajar guru mengaplikasikan konsep penggabungjalinan
      kemahiran. Mulakan dengan dengan kemahiran mendengar bunyi huruf
      vokal dan bunyi suku kata dan seterusnya bunyi perkataan, frasa atau
      rangkai kata dan ayat. Kemudian, bimbing murid meyebut apa yang
      didengarnya dan seterusnya menekankan pula kemahiran mengeja dan
      membaca serta menulis perkara yang sama.

e)  Konsep pengulangan

     Akhirnya, aktiviti yang dijalankan ini akan diulang dengan memberi
     penekanan pada kosa kata yang diajar diulang sebutan, bacaan dan
     penulisannya. Konsep pengulangan diaplikasikan pada masa ini.



KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan
                    konsonan.

Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata
                    terbuka.

Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku
                    kata terbuka.

Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata
                    tertutup.

Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku
                    kata tertutup.

Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang  
                    mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.

Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
                    mengandungi diftong.

Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
                    mengandungi vokal berganding.

Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi
                    digraf dan konsonan bergabung.

Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan
                      yang berimbuhan awalan dan akhiran.

Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis
                      ayat berdasarkan bahan rangsangan.




RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(BAGI PROGRAM LINUS)


Mata Pelajaran                        :

Tema / Tajuk                           :

Masa                                        : 60 minit

Standard Pembelajaran           : 1.1 (i) (a), (i) (b)

Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid berupaya:
1.
2.
3. (untuk murid LINUS)

Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran :
1.(Perdana)
2.(LINUS)

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
1.
2.

Bahan Bantu Belajar:
1.
2.

Penilaian Pembelajaran dan Pengajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:
1.      31 daripada 36 orang murid telah mencapai objektif pembelajaran.
2.      5 daripada 36 orang murid belum mencapai objektif pembelajaran akan diberi bimbingan.
3.      Murid yang telah menguasai akan diberi pengayaan.



Wednesday, 10 April 2013

OBJEKTIF LINUS TAHUN 1


OBJEKTIF TAHUN 1


Pada akhir Tahun Satu murid berupaya :

i.       mengenal dan menulis huruf kecil dan huruf besar dengan betul;
ii.      membaca suku kata terbuka dan tertutup dengan betul;
iii.     membina dan menulis suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan
         tulisan yang kemas;
iv.     membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup
         dengan betul;
v.      menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup
         dengan betul dan tulisan yang kemas;
vi.     membaca perkataan yang mengandungi digraf dan diftong dengan betul;
vii.    menulis perkataan yang mengandungi digraf dan diftong dengan betul
         dan tulisan yang kemas;
viii.   membaca perkataan yang mengandungi vokal berganding dan konsonan 
         bergabung dengan betul;
ix.     menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding dan
         konsonan dengan betul serta tulisan yang kemas;
x.      membaca perkataan berimbuhan awalan daan akhiran dengan
         sebutan yang betul;
xi.    menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran dengan betul;
xii.   membaca rangkai kata dengan betul;
xiii.  menulis raangkai kata dengan betul;
xiv.  membaca ayat tunggal dengan sebutan yang jelas dan intonasi
        yang betul; dan
xv.   membina dan menulis ayat tunggal dengan betul serta tulisan yang kemas.


Catatan:
Rujukan Modul Pengajaran Asas Literasi
Program LINUS

Monday, 8 April 2013

ORGANISASI KANDUNGAN


MODUL lINUS


Modul guru Program LINUS  dihasilkan  dalam bentuk unit. Terdapat SEMBILAN unit dan setiap unit mengandungi beberapa kemahiran yang merangkumi kemahiran mengenal, membaca , membina dan menulis huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.


Pendekatan yang digunakan dalam Program LINUS ialah pendekatan belajar  membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh. Ini bermakna murid belajar mengenal huruf, suku kata dan perkataan serentak secara berperingkat. Setelah murid mengenal beberapa huruf, guru nmula mengajar membunyikan suku kata melalui kaedah gabungan bunyi suku kata tanpa murid terlebih dahulu perlu mengenal kesemua huruf. Murid diperkenalkan pula dengan perkataan menggunakan suku kata yang telah dipelajari, dan seterusnya frasa atau rangkai kata dan ayat yanag bersesuaian.


KANDUNGAN KEMAHIRAN LITERASI TAHUN 1

1.0 Mengenal dan Menulis Huruf
2.0 Membaca Suku Kata
3.0 Membina dan Menulis Suku Kata
4.0 Membaca Perkataan
5.0 Membina dan Menulis Perkataan
6.0 Membaca Rangkai Kata
7.0 Membina dan Menulis Rangkai Kata
8.0 Membaca Ayat
9.0 membina dan Menulis Ayat Tunggal



DEFINISI , MATLAMAT DAN OBJEKTIF


DEFINISI LITERASI

Literasi didefinisikan sebagai keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung 'dan'serta menaplikasikan pengeetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

 

MATLAMAT


Matlamat program ini adalah unutk memastikan semua murid yang mengikutu Program LINUS berkeupayaan unutk menguasai literasi dalam bahasa Malaysia dan Numerasi kecuali murid bekeperluan khas sel;epas tiga tahun mengikuti Program LINUS.




OBJEKTIF


Objektif  Program Literasi adalah memastikan murid berupaya :

  • mengenal dan menyebut abjad, mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup  
  • membaca dan menulis perkataan daripada suku nkata terbuka dan tertutup, perkataan  yang  berimbuhan awalan dan akhiran
  • membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung 'dan'.











Saturday, 6 April 2013

PENGENALAN

LITERASI


Pengenalan


National Key Result Areas (NKRA'S) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam Bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah.


Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahairan tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh itu, Kementerian Pelajaran merancang unutk mengatasi masalah tersebut melalui Program Literasi dan Numerasi ( Program LINUS).


Dalam melaksankan program ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghasilkan modul pengjaran dan pembelajaran berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi secara bersepadu, ansur maju,didik hibur, penggabungjalinan dan pengulangan. Modul ini dihasilkan unutk membantu guru melaksanakannya bagi membolehkan murid menguasai literasi.



National Key Result Areas (NKRA'S) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam Bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah.


Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahairan tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh itu, Kementerian Pelajaran merancang unutk mengatasi masalah tersebut melalui Program Literasi dan Numerasi ( Program LINUS).


Dalam melaksankan program ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghasilkan modul pengjaran dan pembelajaran berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi secara bersepadu, ansur maju,didik hibur, penggabungjalinan dan pengulangan. Modul ini dihasilkan unutk membantu guru melaksanakannya bagi membolehkan murid menguasai literasi.